Emas Homestay di Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur



Contact 0123955756

Emas Homestay adalah unit di dalam apartment Residensi SentulMas yang terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Sentul yang berada  tenggah bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan Bandar Baru Sentul adalah dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang sempurna seperti Kompleks UTC yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pasar, pusat sukan dan food court. Deretan kedai yang terletak bersebelahan menjadi pusat pelbagai jenis perniagaan adalah memberi kemudahan kepada penduduk sekitar. Berhadapan bangunan Residensi Sentulmas terletak Masjid Al Azim yang merupakan madjid solat jumaat dan menjadi pusat aktiviti kepada penduduk kariah setempat.

Emas homestay di Unit Apartment Residensi Sentulmas adalah berkeluasan 900kaki persegi dengan kemudahan Kolam Renang,  Gymnasium dan common facilities yang lain seperti tempat permainan kanak kanak dan lain lain.

Keistimewaan Emas Homestay adalah ia mempunyai kemudahan lengkap untuk sebuah keluarga. Iaitu dapur yang lengkap, peralatan dobi dan kelengkapan bilik tidur yang amat selesa. Selain dari itu, perabot dan lengkapan ruang tamu adalah berkualiti dan sempurna. Tambahan lagi, terdapat kemudahan WIFI dengan jumlah data tanpa had!

Dilengkapi dengan dapur yang sempurna dan peralatan memasak yang lengkap seperti hob dapur kaca, penyedut asap electrolux, kabinet dapur dari Ikea bersama table top quartz, peti sejuk, peralatan pingan mangkuk lengkap untuk 8 orang dan dilengkapi dengan pelbagai saiz periuk, kuali, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, toaster dan microwave. Anda hanya perlu bawa bahan mentah dan rempah ratus pilihan untuk resipi terbaek anda.


Kesemua bilik tidur dilengkapi dengan divan sebagai katil dan tilam spring berjenama premium. Cadar, quilt cover dan alas tilam adalah dari jenama terkenal dan sudah pasti akan memberi keselesaan dan rasa mewah pada tetamu. Setiap bilik tidur adalah dilengkapi dengan pendingin udara. Rasalah sendiri, pasti ingin datang lagi.



Emas Homestay adalah untuk satu famili. Dengan kemudahan washing machine dan dryer, famili anda boleh tinggal melebihi 1 hari. Pasti akan rasa seperti di rumah sendiri.

Dekorasi ruang tamu dan ruang lain keseluruhannya adalah ringkas namun cukup untuk menenangkan jiwa..




Emas Homestay, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur..
Hubungi 0123955756 untuk tempah


3 room 2 bathroom
1 malam RM250
2 malam RM490
3 malam RM700
4 malam RM850
5 malam RM 1000
6 malam RM 1100


https://m.facebook.com/emashomestay/?referrer=whatsapp

https://www.airbnb.ie/rooms/40477453?s=51

https://maps.app.goo.gl/FQVoE6UPCy7Yyk7X9

Comments

Popular Posts